Home » » Guru jadikan anak murid sebagai mangsa pemuas nafsu

Guru jadikan anak murid sebagai mangsa pemuas nafsu

Written By canang on Isnin, 5 Julai 2010 | 7/05/2010 05:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Guru terlampau. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang guru yang sanggup menjadikan pelajarnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu.

Guru lelaki terbabit bermain cinta dengan pelajarnya itu sejak awal tahun ini.

Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun lalu sebelum terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya selepas tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas mendengar pengakuan anaknya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang Isnin, dua minggu lalu.

Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya didakwa dirogol dua kali di rumah guru terbabit di Rawang.

“Mangsa turut mendakwa guru berkenaan mengajak dia pulang ke rumahnya sejurus tamat waktu sekolah dengan alasan mengambil buku yang tertinggal sebelum kejadian rogol berlaku.

“Mangsa mungkin ketakutan dan bimbang kejadian itu diketahui orang, menyebabkan dia mengambil keputusan berdiam diri sebelum didedahkan kepada ibunya pada 21 Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ibunya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian mendapati kesan koyak pada kemaluan mangsa, bagaimanapun dia tidak hamil.

“Polis mengesan lokasi dan identiti suspek dan hanya menunggu masa sesuai menahannya,” katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger