Home » » Hindraf Tuntut Najib Kota Janji

Hindraf Tuntut Najib Kota Janji

Written By canang on Isnin, 12 Julai 2010 | 7/12/2010 10:00:00 PG

The Hindu Rights Acticon Force (Hindraf) mendesak kerajaan memberikan hak sama rata pendidikan kepada kaum minoriti India di negara ini seraya dengan janji kerajaan terhadap semua kaum yang dibuat sebelum ini.

Koordinator Hindraf, W.Sambulingam berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menabur janji kepada rakyat tetapi tidak menunaikannya.

Semalam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum yang mendapat keputusan 9 A + dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di dalam dan di luar negara.

Dalam kenyataan Najib Razak di hadapan kira-kira 3, 000 perwakilan dan permehati MIC pada mesyuarat Agung MIC Ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, beliau berkata kesemua pelajar tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain kaum yang mendapat 9A+ akan diberikan biasiswa sama rata.

Najib turut berkata biasiswa yang diberikan tersebut adalah menunjukkan Gagasan 1 Malaysia dan bukan hanya slogan semata-mata.

Bagaimanapun, Sambulingam berkata janji yang diberikan oleh pimpinan perdana menteri itu sekadar hanya manis di mulut.

Ekoran tidak berpuas hati, Hindraf bersama kira-kira 300 ahlinya telah menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud pada jam 2.30 petang tadi di Istana Negara.

Ketika menghantar memorandum tersebut, kelihatan pelbagai banting dibawa bersama bagi menuntut hak minoriti kaum India di negara ini.

Antara yang tertulis pada banting tersebut ialah Article 12 Provides For Equal Educational and Opportunity, Umno Practices Racial Segregation, Government of Malaysia Systematically Violating The Spirit and The Letter of United Nations dan Every Human Has Rights.

Selain itu, laungan Daulat Tuanku dan laungan Kami Tuntut Pendidikan turut bergema kuat di sekitar Istana Negara tadi.

Sambulingam berkata memorandum tersebut mencakupi beberapa hak sama rata pendidikan yang perlu diberikan oleh kerajaan kepada kaum minoriti India di negara ini.

“Semalam Perdana Menteri menyebut semua pelajar 9A+ akan diberikan biasiswa tetapi beliau tidak menyatakan untuk pelajar tahun ini. Pada 2008, Setiausaha Kementerian Pendidikan juga ada menyebut perkara yang sama, bagaimanapun undang-undang telah berubah dan kerajaan telah menyediakan sebanyak RM2.44 bilion.

“Jadi bersama memorandum hari ini turut sama ada menyatakan sebanyak 31 laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi ekoran permasalahan ini dan sebanyak 14 007 tandatangan telah diambil untuk diserahkan kepada Tuanku,” katanya.

Memorandum yang dihantar ke Istana Negara oleh Hindraf itu turut menyentuh sebanyak 64 pelajar India yang mendapat 9A+ di dalam SPM tetapi tidak dapat meneruskan pengajian mereka di pengajian tinggi.

Sambulingam membidas diskriminasi yang ditunjukkan kerajaan terutamanya dalam mendapatkan hak pendidikan sama rata.

“Kami tiada pilihan tetapi hari ini, kami difahamkan tiada siapa yang tidak boleh menidakkan hak-hak kami, jadi kami akan pastikan tiada diskrimanasi dan akan memastikan perkara ini berakhir dengan cepat. Pendidikan adalah untuk semua dan kerajaan tidak boleh diskriminasi.

“Kami juga menggesa Perdana Menteri untuk menjawap bagi pelajar yang mendapat 5A di dalam SPM tahun depan mestilah diberikan keutamaan untuk masuk ke instutusi pengajian awam dan matrikulasi dan pinjaman PTPTN,” katanya.

Bagaimanapun memorandum Hindraf itu tidak dapat disampaikan kepada Pegawai Istana apabila anggota keselamatan istana memaklumkan tiada Pegawai Istana yang bertugas hari ini.

Hindraf bagaimanapun mengambil keputusan untuk menghantar memorandum tersebut pada hari lain.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger