RAMALLAH - Penduduk-penduduk Arab dan Israel bergembira dengan penuh ghairah bersama-sama di wilayah jajahan Tebing Barat sehingga malam ketika kumpulan Boney M memainkan muzik disko nostalgia 1970-an mereka pada satu konsert terbuka di sini.
Acara yang diadakan semalam di ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah itu adalah sebahagian daripada festival muzik dan tarian selama enam hari di seluruh Tebing Barat bagi mengetengahkan isu kekurangan air di wilayah jajahan Israel.
Boney M yang terkenal secara global dengan beberapa muzik disko menarik beratus-ratus peminat termasuk rakyat Israel yang datang ke Tebing Barat dengan melanggar pengharaman rasmi.
Kumpulan dari Jamaica yang diasaskan di Jerman pada pertengahan 70-an mendendangkan lagu seperti Daddy Cool, Belfast, Rasputin dan banyak lagu yang memenangi anugerah cakera emas dan platinum.
Bagi kebanyakan rakyat Palestin, tidak kira muda atau tua yang menghadiri konsert itu, korus Ra Ra Rasputin ialah muzik yang indah yang kedengaran seperti Ra Ra Ramallah.
Kumpulan itu turut menerima tepukan gemuruh apabila Maizie Williams, anggota pengasas kumpulan itu, berteriak 'Kami sayang Palestin. Kami sayang anda semua, rakyat Palestin'.
Penonton juga menangis ketika kumpulan itu menyanyikan lagu Daddy Cool, antara lagu hit pertama mereka yang menjadikan mereka terkenal dengan muzik disco pada pertengahan 70-an dan terus berada di kedudukan teratas carta sehingga pertengahan 1980-an.
Namun satu lagi lagu hit mereka, By the River of Babylon tidak dinyanyikan ekoran kemungkinan dipolitikkan kerana mengandungi lirik Yeah, we wept, when we remembered Zion.
Hampir 15 tahun selepas berpecah, Boney M masih popular. Anggota kumpulan menggunakan nama Boney M sebagai francais dan mengadakan konsert di seluruh dunia.
William membawa kumpulan itu ke Ramallah semalam untuk membuat persembahan sempena Festival Muzik dan Tarian Antarabangsa Palestin Tahunan ke-12.
Penganjur berharap ia akan menarik 13,000 pengunjung sepanjang festival sehingga Jumaat ini dengan persembahan di lima bandar Tebing Bara.
Acara itu diadakan bagi mengetengahkan masalah penduduk Palestin memperolehi sumber air di wilayah jajahan Tebing Barat, di mana Israel mengawal perkongsian sumber. - AFP
Home »
» Israel:Konsert Boney M rancak di Palestin
Israel:Konsert Boney M rancak di Palestin
Written By canang on Sabtu, 24 Julai 2010 | 7/24/2010 12:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan