JAKARTA: Satu kajian terbaru Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) menunjukkan sekurang-kurangnya 30 juta kanak-kanak Indonesia menamakan Nazriel ‘Ariel’ Ilham sebagai idola mereka tanpa menghiraukan pembabitan vokalis kumpulan Peterpan itu dalam skandal video lucah.
Sehubungan itu, pengerusi suruhanjaya terbabit, Hadi Supeno melahirkan rasa bimbang beliau kemungkinan peminat kecil berkenaan bakal terjejas dengan pembabitan Ariel dalam kes video seks berkenaan, lapor The Jakarta Post, semalam.
“Saya cadangkan supaya Ariel memohon maaf supaya peminat kecil beliau memahami bahawa apa yang beliau lakukan adalah salah dan tidak sepatutnya diulang,” kata Hadi yang dipetik tempoaktif.com semalam.
Click Here
Hadi berkata, beliau turut melawat Ariel yang ditahan di unit jenayah ibu pejabat polis Indonesia Jumaat lalu dan menyampaikan cadangan beliau itu. – Agensi
Home »
» Kajian:Ariel jadi idola 30 juta kanak-kanak Indonesia
Kajian:Ariel jadi idola 30 juta kanak-kanak Indonesia
Written By canang on Isnin, 19 Julai 2010 | 7/19/2010 10:36:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan