Home » » Kes Konspirasi Kedua Ditunda, Bersambung 2 Ogos, utamanya Karpal Singh sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru.

Kes Konspirasi Kedua Ditunda, Bersambung 2 Ogos, utamanya Karpal Singh sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru.

Written By canang on Isnin, 19 Julai 2010 | 7/19/2010 01:05:00 PTG

Perbicaraan kes konspirasi kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda ke 2 Ogos ekoran peguam utamanya Karpal Singh sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menerima permohonan penangguhan pihak peguam bela selama 15 hari akibat dari masalah kesihatan yang dialami Karpal.

Bagaimanapun hakim menetapkan kes akan tetap bersambung pada 2 Ogos biarpun tanpa kehadiran Karpal sebagai peguam utama.

" Karpal telah masuk ke hospital seminggu sebelum ini dan doktor meminta beliau berehat dan Insya-Allah kita pun akan tetap meneruskan walaupun masih perlu lagi penekanan pendakwa untuk mendapatkan bahan bukti" ujar Anwar kepada media.

Anwar sebelum ini memohon nota klinikal, bahan spesimen, nota tulisan tangan, surat, catatan nota pemerhati dan kit saringan seksual yang digunakan dalam pemerikasaan terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Saya tengok masih ada lagi percubaan untuk menyulitkan kes kita dengan keterangan doktor. Bagi kita walaupun diberi pengakuan untuk meneruskan, dokumen itu penting".

" Jadi yang melengahkan mereka ialah dokumen itu" tambahnya lagi.

Diuja dengan persoalan sama ada Anwar akan terus mendapatkan khidmat pakar forensik dari Australia dan India walaupun tidak dibekalkan dengan dokumen yang diperlukan, Anwar berkata khidmat mereka akan tetap digunakan.

" Forensik yang kita bawa dari Australia dan India boleh membantu kita macam biasa".

Anwar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9 pagi, ditemani isterinya.

Turut hadir memberi sokongan padu ialah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin dan 100 skuad komunikasi Selangor.

Perbicaraan kali ini bagi menyambung semula kes yang ditunda mahkamah pada 14 Julai lalu ekoran berlangsung serentak dengan sesi Sidang Dewan Rakyat lalu.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger