Ketua Bahagian Sumber Manusia Pelita Koridor Sdn Bhd, Rohani Abdul Rahman hari ini dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri lebih dua minggu lalu.
Rohani yang ditemani oleh peguam, Dr Samarudin Rejab tiba di IPD Shah Alam kira-kira pukul 10 pagi dan keluar sejam kemudian.
Beliau memberitahu ASP Rejali Ak Angong, pegawai penyiasat daripada IPD Putrajaya meminta keterangan berkenaan sepucuk surat berdaftar daripada KDN bertarikh 2 Jukai 2010 yang dialamatkan kepada pengaranbg Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib
"Saya hanya menerima surat tersebut bagi pihak pengurusan PKSB dan telah menandatangani borang penghantaran, dan telah menjawab perkara yang sama kepada polis," jelas beliau.
Kata Rohani, beliau tidak tahu apa kandungan surat tersebut kerana beliau tidak membuka surat tersebut dan telah menyerahkannya kepada Dzulkarnain.
Peguam Rohani, Dr Samarudin menyatakan tindakan polis meminta keterangan daripada Rohani adalah untuk mengesahan surat KDN telah diterima oleh pihak PKSB, dengan meminta Rohani mengesahkan tandatangan beliau di dalam borang penghantaran.
"Kita tidak mengandaikan apa-apa, seperti ke mana siasatan ini ditujukan buat masa ini kerana penyiasatan masih diteruskan dan ia masih awal untuk membuat apa-apa spekulasi," kata beliau.
Minggu lalu, Rohani telah mendapat panggilan daripada IPD Shah Alam dan ditanyakan beberapa soalan berkenaan surat daripada KDN tersebut.
Walau bagaimanapun Rohani memilih untuk tidak menjawab sehingga dipanggil memberi keterangan secara rasmi.
Home »
» Ketua Sumber Manusia PKSB Beri Keterangan Di IPD Shah Alam
Ketua Sumber Manusia PKSB Beri Keterangan Di IPD Shah Alam
Written By canang on Jumaat, 30 Julai 2010 | 7/30/2010 06:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan