Home » » Kilang disita, 700 hilang kerja

Kilang disita, 700 hilang kerja

Written By canang on Sabtu, 24 Julai 2010 | 7/24/2010 11:30:00 PG

GEORGE TOWN - Seramai 700 pekerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian, Bayan Lepas, Fasa 4, di sini bakal kehilangan mata pencarian ekoran kegagalan majikan membayar ganti rugi sebanyak RM217.700 juta kepada pemilik tanah.

Kilang yang menghasilkan kelengkapan alat tulis itu disita mengikut perintah writ penyitaan dan penjualan oleh Mahkamah Tinggi Taiping daripada plaintif (pemilik tanah).

Perintah tersebut menyebabkan harta milik kilang termasuk pekerja diarah memberhentikan operasi serta-merta bermula semalam.

Antara barangan yang disita adalah kelengkapan pejabat dan kantin seperti mesin operasi, kabinet, meja dan kerusi, pendingin hawa, kerusi bilik pengarah, dan kenderaan pengangkut.

Peguam yang mewakili pemilik tanah, A.A Albert berkata, penyitaan dilakukan berikutan pemilik kilang tersebut gagal memberi maklum balas terhadap notis tuntutan saman yang dikeluarkan beberapa kali oleh tuan tanah.

Disebabkan itu, pihaknya terpaksa membuat penyitaan terhadap keseluruhan operasi kilang terbabit kerana gagal membayar ganti rugi yang dituntut plaintif berhubung pencerobohan tanah di Alma, Bukit Mertajam yang berlaku pada penghujung tahun lalu.

Kos tersebut melibatkan kerugian pihak tuan tanah apabila pihak kilang tidak memberi sebarang bayaran kepadanya termasuk membina bangunan haram dan menanam cerucuk besi.

"Mahkamah masih memberi peluang untuk membayar ganti rugi selama 14 hari atau kesemua barangan hak milik kilang akan dilelong," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger