Kementerian Pertahanan diminta telus dalam memberi butiran senarai nama syarikat tempatan dan luar negara yang memperoleh kontrak membaik pulih kapal terbang serta kapal selam Angkatan Tentera Laut.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali kecewa kerana kementerian tidak memberi butiran penuh termasuk nilai kontrak walaupun mendedahkan nama syarikat penerima.
“Saya ingin menggesa supaya Menteri Kewangan telus dengan memberikan jumlah nilai kontrak-kontrak tersebut sekiranya tidak dapat dibagi nilai itu mesti menyatakan sebab,” katanya.
Dr Syed Husin juga mempertikai kementerian yang terus memberi kontrak kepada Airod Sdn Bhd sedangkan laporan polis dibuat mengenai korupsi yang berlaku.
Pada 2003, laporan dibuat Parti Keadilan Rakyat di Bukit Aman mengenai dakwaan korupsi melibatkan Presiden Airod, Tan Sri Ahmad Johan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menggugurkan kes melibatkan Airod atas alasan kekurangan bahan bukti dan keterangan.
Hakikatnya, ia sekadar alasan SPRM.
“Dokumen-dokumen yang diserahkan itu adalah konkrik, cek-ceknya adalah jelas.Nama-nama yang disebut itu adalah terang. Jadi macamana boleh tidak cukup keterangannya,” katanya.
Home »
» Kontrak Baik Pulih Kapal Selam Angkatan Tentera Laut Perlu Telus
Kontrak Baik Pulih Kapal Selam Angkatan Tentera Laut Perlu Telus
Written By canang on Khamis, 22 Julai 2010 | 7/22/2010 11:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan