Home » » Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai

Written By canang on Sabtu, 24 Julai 2010 | 7/24/2010 08:00:00 PG

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja.

Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam.

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger