KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul di sini, malam tadi.
Mayat yang masih bertali pusat dan diselimut dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah pada jam 10 malam tadi oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu.
"Ketika lelaki itu menggeledah tong sampah untuk mencari barang yang boleh dikitar semula, dia menemui satu bungkusan plastik yang berisi mayat bayi itu bersama urinya," kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang dalam tempoh kurang dari empat jam sebelum mayatnya ditemui.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan
Home »
» Lagi kes buang bayi:Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah
Lagi kes buang bayi:Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah
Written By canang on Sabtu, 24 Julai 2010 | 7/24/2010 08:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan