Sudah lama saya perhatikan secara umumnya, lelaki muda zaman kini makin lembut kalau dibandingkan dengan lelaki dari zaman mak ayah kita.
Saya bukan bercakap tentang gay atau transvestite kerana mereka ini memang wujud sejak azali dulu dan mempunyai tempat mereka di dalam masyarakat kita. Tetapi lelaki muda yang lemah identiti dirinya sehingga terikut-ikut cara kawan-kawannya yang lembut juga.
Dari segi personaliti, perwatakan dan pakaian, lelaki-lelaki lembut ini berbeza dari lelaki sejati. Cara percakapan dan lenggok badan pun lebih kepada feminin dan bukan maskulin.
Mereka ini wujud di semua bidang terutamanya bidang berkait dengan seni kerana mereka sering tertarik ke bidang kreatif dan juga kerana penerimaan bidang-bidang ini terhadap mereka.
Di dalam industri hiburan terutamanya, bila saya membuat analisis artis dari zaman ke zaman, fenomena ini sangat ketara. Kalau kita lihat pelakon-pelakon senior tanah air, memang ramai yang maskulin.
Dari Rosyam Nor, Eman Manan, Jalaluddin Hassan, Ridzuan Hashim dan ramai lagi, lelaki zaman itu memang lelaki tulen. Di zaman saya kurang dari sepuluh tahun dulu, pun masih ada ramai lelaki macho seperti Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Aqasha dan lain-lain. Tapi kalau dilihat pelakon-pelakon muda zaman sekarang, makin ramai yang lebih menyerupai perempuan dari lelaki.
Kenapa makin kurang lelaki macho Melayu? Dan fenomena ini dapat dilihat menjadi ikutan masyarakat muda kerana sudah menjadi lumrah bahawa apa yang berlaku di industri hiburan akan menjadi ikutan golongan muda.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang hanya berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia, terutamanya negara Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.
Sudah bertahun-tahun lamanya idola mereka merupakan lelaki muda yang rupa parasnya lebih kepada feminin. Kadang-kadang, hampir mustahil untuk kita tahu sama ada artis dari negara itu lelaki atau perempuan.
Itulah lumrah manusia, yang kulit cerah nak jadi gelap, yang kulit gelap nak jadi cerah. Yang lelaki nak jadi perempuan, yang perempuan nak jadi lelaki. Kami sentiasa ingin menjadi sesuatu yang lain dari diri kami sebenarnya.
Di sini saya ingin mengatakan bahawa di dalam setiap manusia terdapat aspek maskulin dan feminin. Dalam budaya Cina kedua-dua aspek ini dipanggil Yin dan Yang.
Kedua-dua aspek ini pelu ada pada lelaki dan juga pada wanita kerana ini akan mewujudkan keseimbangan pada seseorang itu. Keseimbangan akan tergugat bila lelaki lebih pada feminin dan wanita lebih pada maskulin.
Kadang-kadang saya rasa simpati pada wanita zaman kini. Malaysia mempunyai lebih ramai penduduk wanita daripada lelaki. Sudahlah lelaki yang baik tak ramai, lelaki yang menyerupai wanita makin ramai, lelaki yang suka sesama lelaki pun makin ramai.
Dunia zaman moden ini amat memerlukan lelaki sejati yang kuat. Lelaki yang tidak keliru dengan indentitinya, lelaki yang tahu untuk menjadi lelaki, lelaki yang boleh membimbing isterinya dan yang boleh menjaga keluarganya. Lelaki yang bertanggungjawab dan tidak takut pada cabaran hidup. Lelaki berjiwa pejuang di dunia yang makin berubah dengan pesat ini.
Pada lelaki muda di luar sana, hormatlah kedua-dua aspek maskulin dan feminin di dalam diri anda kerana ini akan membawa pada keseimbangan jati diri. Jadilah lelaki yang kuat yang mempunyai identitinya yang tersendiri dan jangan terikut-ikut dengan trend orang lain. Berbanggalah untuk menjadi lelaki tulen, lelaki sejati yang boleh mencapai apa saja yang diimpikannya.
Home »
» Lelaki tulen makin pupus?
Lelaki tulen makin pupus?
Written By canang on Ahad, 25 Julai 2010 | 7/25/2010 09:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sepertimana Adam dan Hawa dijadikan maka di dalam diri lelaki itu ada wanita dan dalam diri wanita itu ada lelaki.
Apabila kita dijadikan sebagai lelaki maka jiwa sensitif dan kasih sayang wanita itu yang perlu kita ikuti bukannya sifat lembut.
Apabila kita dijadikan sebagai wanita maka jiwa dan semangat lelaki itu yang perlu dicontohi bukannya menjadi "jantan"
IKYS di Tendang Terajang
Catat Ulasan