Home » » Malaysia mungkin berdepan kemelesetan ekonomi berganda

Malaysia mungkin berdepan kemelesetan ekonomi berganda

Written By canang on Khamis, 8 Julai 2010 | 7/08/2010 08:00:00 PTG

KUALA LUMPUR 8 Julai - Malaysia kemungkinan berdepan dengan

kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di negara-negara Eropah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang baru pulang dari lawatan ke England berkata, bahawa terdapat

tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di negara-negara Eropah dan perkara ini secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara.

"Saya baru balik (dari England). Di Eropah (kemelesetan ekonomi berganda)

akan berlaku. Kalau jadi di sana, kita pun mungkin berjangkit jugalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak antara Iris Corporation Bhd. dan Koperasi Atlet Malaysia Bhd. di sini hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ramai ahli

ekonomi dan penganalisis bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini dan sama ada ekonomi Malaysia akan menerima nasib yang sama.

Walau pun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan ekonomi dan

langkah-langkah yang progresif termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), beliau berkata, adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia.

"Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah tetapi kita tak boleh meramalkan (apa yang akan berlaku pada masa akan datang) kerana apa yang berlaku di luar turut mempengaruhi kita," katanya. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger