Filem:
Mantra
Dibintangi oleh:
Zul Suphiaan, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mas Muharni, Bob Lokman dan Hamdan Hj Ramli
Genre:
Seram Aksi
Tarikh Tayangan:
15 Julai 2010
Ulasan:
Perbuatan membalas dendam merupakan senjata syaitan untuk menghasut manusia ke jalan kehancuran. Apabila manusia bersekutu dengan syaitan, maka hancurlah sesebuah masyarakat.
Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaru terbitan MiG Production Sdn Bhd berjudul ‘Mantra’. Filem ini turut membongkarkan sisi gelap pengamal ilmu hitam yang mendampingi syaitan untuk tujuan perubatan.
Kalau anda peminat setia kisah seram dan mistik, anda bolehlah menonton filem ini kerana GUA yakin anda akan suka dengan jalan cerita filem ini yang tidak terlalu berat.
Selain menggunakan sistem bunyi ‘Dolby Digital Surround’, ‘Mantra’ merupakan filem seram pertama menggunakan ‘cinemascope’ yang setaraf dengan filem-filem Hollywood. Ia sekaligus dapat memberi anda lebih kepuasan dan satu pengalaman yang berbeza apabila menonton filem Malaysia.
Dari segi pelakon, pemilihan Zul Suphiaan sebagai teraju utama filem ini memang tepat. Walaupun pertama kali memegang watak utama, ternyata Zul mampu membawa karakternya dengan berkesan.
Ketika melihat lakonan Zul sedang membaca mantera, nampak seolah-olah ada ‘benda’ lain yang menguasainya. GUA nasihatkan kepada yang menonton filem ini, supaya jangan sesekali cuba untuk menghafal mantera yang ditunjukkan, kerana mantera yang digunakan adalah mantera yang asli dari Jawa dan Siam.
Selain itu, apa yang menariknya tentang filem ini ialah anda dapat saksikan beberapa babak yang dirakamkan di lokasi yang penuh bersejarah iaitu Penjara Pudu yang telah dirobohkan baru-baru ini.
‘Mantra’ mengisahkan tentang Muzir yang dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya, Muzir telah dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta khalimah Allah.
Pak Long, seorang warden penjara yang juga pakcik kepada Muzir terdesak untuk mengubati isterinya yang sedang sakit. Akibatnya, dia sanggup bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan khalimah ayat di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati ketika melahirkan anak sulung dengan menggunakan gigi.
Setelah ayat dan khalimah Allah berjaya dipadamkan, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara.
Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam Muzir terhadap Hasbi.
Bagaimanakah kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan ‘Mantra’ pada 15 Julai ini di pawagam berhampiran anda.
Info:
‘Mantra’ merupakan filem seram pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.
Home »
» Mantra:pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.
Mantra:pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.
Written By canang on Khamis, 15 Julai 2010 | 7/15/2010 05:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan