KUALA LUMPUR:Pelakon dan pengacara Maya Karin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Ali Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Jumaat.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.
Menurut sumber terdekat, pasangan tersebut hadir ke mahkamah secara berasingan dengan tujuan untuk bercerai.
“Saya hanya boleh mengesahkan mereka sudah bercerai," katanya ketika dihubungi mStar Online..
Perceraian itu berlaku genap sepuluh hari selepas permohonan mereka untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama.
Difahamkan penceraian itu akan dimaklumkan kepada media tidak lama lagi.
Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah sama pada 24 Jun lalu.
Bagaimanapun, tekaan itu melesat kerana pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan.
Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka sememangnya tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.
Pasangan itu berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.
Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.
Sementara itu portal The Malaysian Insider melaporkan, kedua-dua pasangan itu enggan memberi sebarang komen mengenai perceraian tersebut.
“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose yang merupakan seorang guru matematik.
Maya yang terkenal dengan watak pontianak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam pula berkata,“Minta maaf saya seperti biasa tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara ini.
“Bila sampai waktunya nanti saya akan beritahu. Kalau nak tahu apa-apa mengenai perkara ini boleh hubungi pengurus saya esok,” ujar pengacara Nona tersebut.
Home »
» Maya Karin Sah Bercerai Talak Satu
Maya Karin Sah Bercerai Talak Satu
Written By canang on Sabtu, 17 Julai 2010 | 7/17/2010 11:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan