Home » » Menteri kanan Tel Aviv, Ankara berunding secara sulit di ibu kota Belgium,pujuk Turki lupakan Gaza

Menteri kanan Tel Aviv, Ankara berunding secara sulit di ibu kota Belgium,pujuk Turki lupakan Gaza

Written By canang on Jumaat, 2 Julai 2010 | 7/02/2010 10:00:00 PTG

ANKARA: Menteri kanan Israel dan Turki bertemu secara rahsia di Brussels untuk mencari jalan berbaik-baik semula dan melupakan krisis yang meletus selepas komando Yahudi menggempur kapal membawa konvoi bantuan ke Gaza, bulan lalu.
Menteri Perdagangan Israel, Benjamin Ben Eliezer, dan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bertemu kelmarin di ibu kota Belgium itu ketika Davutoglu mengetuai rombongan negaranya membincangkan cubaan Ankara menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), kata pegawai Turki.
“Rundingan itu berlangsung di Brussels atas permintaan Israel. Kami sudah menyampaikan satu nota kepada Israel menjelaskan pendirian dan harapan kami terhadap mereka. Itulah yang disebut dalam pertemuan itu,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

Seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengesahkan Ben Eliezer mengadakan rundingan dengan seorang pegawai Turki dan tidak menjelaskannya lebih lanjut.

Ia adalah pertemuan pertama di peringkat menteri sejak hubungan di antara sekutu rapat satu ketika dulu terjunam ke dalam krisis 31 Mei lalu apabila komando Israel menyerbu sebuah kapal Turki yang membawa bekalan kemanusiaan ke Gaza.

Lapan warga Turki dan seorang warga Turki-Amerika Syarikat terkorban dalam operasi itu, yang menyebabkan hubungan dua hala yang sudah sedia tegang sejak perang musnah Israel ke atas Gaza tahun lalu, terputus. Amerika kemudian melahirkan kebimbangan mengenai hubungan semakin meruncing antara dua sekutunya itu.
Saluran berita NTV Turki berkata, pertemuan itu berlaku dalam sebuah bilik suite hotel dan berakhir selama lebih dua jam.

Ia juga dirahsiakan daripada ketua perunding EU Turki Egeman Bagis dan Menteri Pertanian Mehdi Eker yang berada di Brussels bersama menteri luar terbabit, katanya.

Davutoglu dan Ben Eliezer membincangkan cara memperbaiki hubungan dua hala dengan menteri Turki menegaskan Israel perlu memohon maaf atas serbuan maut ke atas kapal Turki Mavi Marmara, katanya. – AFP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger