Home » » Paris Hilton.ditahan hisap ganja ketika menonton perlawanan bola

Paris Hilton.ditahan hisap ganja ketika menonton perlawanan bola

Written By canang on Ahad, 4 Julai 2010 | 7/04/2010 09:32:00 PTG

PORT ELIZABETH, Afrika Selatan 3 Julai - Aktres dan penyanyi Paris Hilton (gambar) ditahan kerana didakwa menghisap ganja pada satu perlawanan Piala Dunia semalam, namun seorang hakim Afrika Selatan menggugurkan dakwaan ke atasnya.

Hilton dan rakannya, bekas model Playboy, Jennifer Rovero, ditahan kerana disyaki memiliki ganja semasa perlawanan suku akhir bola sepak antara Brazil dan Belanda.

"Pihak berkuasa bagaimanapun menggugurkan dakwaan terhadap Hilton selepas Rovero mengaku memiliki kanabis dan mengaku bersalah," kata jurucakap polis Afrika Selatan, Brigedier Sally De Beer.

Jelasnya, Rovero, 31, dari New York didenda 1,000 rand (RM419) atau penjara 30 hari.

"Hilton disoal siasat hari ini oleh polis Afrika Selatan atas dakwaan menghisap ganja.

"Bagaimanapun saya mengesahkan insiden itu hanya salah faham yang sebenarnya dilakukan individu lain dalam kumpulan sama. Kes terhadapnya digugurkan dan tiada dakwaan dibuat," kata pengurusnya, Dawn Miller dalam satu kenyataan.

Ketika diberitahu kesnya digugurkan, Hilton berkata 'terima kasih' dan keluar dari kamar mahkamah.

Hilton dalam laman Twitternya mengulas: "Hai semua, terlalu banyak khabar angin gila disebarkan. Saya mahu semua orang tahu hal sebenarnya. Semuanya baik-baik sahaja. Saya tidak didakwa atau ditahan kerana saya tidak berbuat apa-apa".

Katanya, dia hanya membantu polis menjalankan siasatan. - AP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger