Home » » Pasangan sumbang mahram kembali bersama

Pasangan sumbang mahram kembali bersama

Written By canang on Rabu, 14 Julai 2010 | 7/14/2010 12:00:00 PTG

Scotland - Seorang abang dan adik perempuannya yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram kini tinggal serumah, dua tahun setelah mereka dilarang melakukan hubungan seks oleh seorang syerif di Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berkenaan, Nick Cameron, 30, berpindah untuk tinggal serumah dengan adik tirinya, Danielle Healey, 25, di sini.

Pasangan adik beradik tiri berkenaan dilahirkan oleh ibu yang sama berdepan hukuman penjara sekiranya mereka kembali berasmara.

"Sekiranya mereka didapati kembali melakukan perkara tidak senonoh itu, pasangan tersebut akan diheret ke mahkamah. Ibu Danielle tinggal berdekatan. Agak ganjil abangnya tidak mahu tinggal dengan ibu mereka," kata satu sumber.

Adik beradik itu menggemparkan media Scotland apabila mereka mengaku melakukan sumbang mahram selepas ibu mereka melihat kedua-duanya berpelukan sambil berbogel.

Hubungan terlarang itu terjalin beberapa minggu selepas mereka bertemu buat kali pertama pada musim panas 2006.

Sebelum ini, Danielle dipelihara oleh ibunya manakala Nick pula tinggal dengan keluarga angkat.

- Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger