KUALA LUMPUR – Gara-gara gemar melayari internet dan memiliki ramai kenalan lelaki warga Afrika, seorang pelajar sebuah politeknik di Sarawak akhirnya menjerat diri sendiri apabila diperangkap salah seorang kenalan yang kononnya menawarkan pekerjaan di China, sebelum gadis itu dipercayai dijual di negara tersebut.
Mangsa, Christina Luke Niju atau Cory, 22, pelajar tahun akhir diploma jurusan perniagaan, berkenalan dengan seorang lelaki warga Afrika dikenali sebagai James berusia 20-an melalui satu laman sosial sejak awal tahun lalu.
Sejak perkenalan itu, mangsa dikatakan lebih kerap berhubungan dengan James melalui e-mel dan laman sembang, sebelum sanggup terbang ke Kuala Lumpur pada 24 April semata-mata untuk bertemu kenalan yang turut mendakwa sebagai pelajar sebuah kolej di Subang Jaya.
Difahamkan empat hari selepas itu, mangsa ada menghubungi rakan serumahnya, Erniyanti, 23, di Batu 9, Kuching memaklumkan akan bertolak ke China bersama James pada 29 April untuk memulakan perniagaan di sana.
Ibu mangsa, Elpedia Metello, 55, berkata, dia langsung tidak mengetahui hal itu, sehingga diberitahu Erniyanti pada 2 Mei lalu.
Bagaimanapun menurut Elpedia, sebelum ini Cory pernah memberitahunya akan pergi ke China selama tiga hari atas anjuran persatuan tempatnya belajar.
“Dia ada minta saya mengirimkan surat beranak asal miliknya serta pasport untuk dia ke sana.
“Saya fikir dia memerlukan semua dokumen itu kerana hendak pergi ke negara itu atas urusan pelajaran,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Wisma MCA, semalam.
Menurutnya, dia cuba menghubungi anaknya namun gagal sebelum melaporkan perkara itu pada 6 Mei lalu di Balai Polis Sandakan kerana terlalu.
Elpedia berkata, dia sekeluarga kemudiannya dimaklumkan Erniyanti bahawa Cory (mangsa) ada menghantar e-mel pada 10 Mei lalu, mendakwa sedang dalam kesusahan dan tidak mempunyai wang untuk pulang ke Malaysia.
“Dalam e-mel sama, dia ada menyebut James meninggalkannya di China selepas menerima sejumlah wang daripada seorang individu. E-mel itu adalah yang terakhir dan dia lang�sung tidak dapat dihubungi lagi selepas itu,” katanya.
Home »
» Pelajar kena jual di China
Pelajar kena jual di China
Written By canang on Jumaat, 16 Julai 2010 | 7/16/2010 02:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan