KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dan empat anggota polis antara 15 yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan dangdut di Jalan Kassipilay, Sentul di sini, awal hari ini.
Ketua operasi dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah dan Urus Setia Tatatertib Bukit Aman, DSP Aida Abdul Hamid, berkata pelajar berumur 16 tahun itu ditahan kerana masih di bawah umur untuk berada di pusat hiburan.
"Tindakan pelajar itu melanggar undang-undang kerana pada peringkat umur sebegitu dia tidak dibenar masuk ke pusat hiburan.
"Jadi kami tahan pelajar itu dan akan hubungi ibu bapanya agar tampil untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, anggota polis itu pula ditahan kerana kesalahan di bawah peraturan tata tertib polis.
Aida berkata hasil pemeriksaan air kencing dalam operasi pada 4.30 pagi itu mendapati 10 daripada yang ditahan itu positif dadah, lima daripadanya wanita.
Beliau berkata, premis itu turut disaman kerana melakukan dua kesalahan iaitu beroperasi lebih masa dan membenarkan pengunjung bawah umur masuk ke premis.
"Premis terbabit sepatutnya ditutup pada jam 3 pagi. Tapi daripada maklumat yang kami peroleh, premis berkenaan menjalankan operasi sehingga pukul 6 pagi," katanya.
Beliau berkata, semua 15 yang ditahan itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Home »
» Pelajar perempuan 16 tahun,4 anggota polis antara ditahan di pusat dangdut
Pelajar perempuan 16 tahun,4 anggota polis antara ditahan di pusat dangdut
Written By canang on Isnin, 12 Julai 2010 | 7/12/2010 07:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan