JOHOR BAHRU – Melalui kajian terbaru Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN), dianggarkan seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon BN atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
Melalui tinjauan yang dibuat Sinar Harian semalam, kebanyakan golongan muda menyatakan keadaan politik negara sekarang tidak menentu dan sukar bagi mereka membuat pilihan untuk menyokong pihak mana.
Salah seorang pekerja awam, Faezan Abd Hamid, 24, mencadangkan kerajaan melaksanakan sistem pendaftaran automatik kepada setiap rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun seperti yang pernah dicadangkan beberapa pemimpin politik.
Katanya, dengan sistem seperti ini, tiada lagi masalah bagi mereka yang tidak mendaftarkan diri sama seperti yang telah dibuat oleh negara-negara maju lain.
“Sekarang kita sedang menjalankan bancian dari rumah ke rumah dan secara tidak langsung kita akan tahu jumlah rakyat kita yang berumur 21 tahun ke atas. Jadi sistem automatik ini adalah cara terbaik untuk selesaikan masalah,” katanya.
Sementara itu, pengawal keselamatan, Mohd Noor Razali, 24, berkata, pihak kerajaan dan parti perlu menggiatkan lagi usaha promosi untuk menggalakkan golongan muda mendaftarkan diri dengan masuk ke kampung-kampung.
“Daftar pemilih bukan perkara main-main, jika merasakan diri sudah matang, perlu daftarkan diri. Sebagai contoh satu undi amat berharga kerana ia penentu menang kalah parti yang kita sokong.
“Mengundi juga adalah hak rakyat Malaysia, apa pun keputusan pada pilihan raya umum nanti, pihak parti perlulah menerima dengan hati terbuka,” katanya.
Home »
» Pendaftaran automatik cara terbaik untuk PRU Ke-13
Pendaftaran automatik cara terbaik untuk PRU Ke-13
Written By canang on Rabu, 28 Julai 2010 | 7/28/2010 03:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan