Home » » Protes Besar-Besaran Bantah Naik Harga 28 Julai

Protes Besar-Besaran Bantah Naik Harga 28 Julai

Written By canang on Isnin, 19 Julai 2010 | 7/19/2010 06:30:00 PG

Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak akan menggerakkan kempen besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gas dan gula bermula 28 Julai ini.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata pelancaran kempen ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, dengan kemuncaknya satu tunjuk perasaan yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Protes berkata tunjuk perasaan itu akan cuba diadakan sebelum bulan Ramadhan.

“Kita akan mengerakkan bantahan ke seluruh negara, khususnya kelompok paling terkesan dengan kenaikan harga ini iaitu rakyat berpendapatan rendah yang kebanyakkan daripada mereka defisit setiap bulan," kata Dr Hatta.

"Kita akan mengumpulkan badan-badan bukan kerajaan pada 28 Julai dimana kita akan melancarkan bantahan kita secara besar-besaran, dan akan digerakkan walaupun dalam bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini adalah Ramadhan air mata, rakyat berdukacita di hari raya kerana nak balik kampung pun dah susah," tambah beliau.

Turut hadir di sidang akhbar Protes ialah Pengarah Strategi PKR Tian Chua, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan wakil Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah, wakil Suaram dan Dema.

Dalam sidang media yang sama,S Arutchelvan berkata rakyat akan berhadapan kesan kenaikan harga barangan beberapa minggu lagi dan lebih terkesan pada bulan hadapan menjelang musim perayaan.

"Ramai yang menghubungi kami dan meminta Protes membuat bantahan. Impak akan dirasai dalam beberapa minggu dan ia akan terasa sangat pada masa perayaan bulan depan," kata Arutchelvan.

Manakala,Tian Chua pula mendakwa kenaikan yang diumumkan kerajaan hanyalah permulaan dan beliau menjangkakan selepas ini akan lebih banyak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Kenaikan ini adalah tren kerajaan sejak dua bulan lalu. Ini adalah permulaannya, selepas itu akan banyak lagi bahan-bahan asas dinaikkan atas nama pelarasan subsidi," tegas Tian.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger