PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan air berintegrasi, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dilaporkan bakal memecat 28 kakitangannya secara berperingkat mulai Ogos ini.
Khabar angin mula tersebar di kalangan para pekerja PNHB bahawa tindakan itu ada kaitan dengan usaha pengambilalihan aset dan penstrukturan semula air oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Sumber memberitahu mStar Online, sebahagian kakitangan yang terbabit dalam pemecatan tersebut telah menerima notis pemberhentian.
Pun begitu, tiada sebarang maklumat berkaitan pemberian pampasan dinyatakan dalam notis tersebut.
"Sebahagian besar kakitangan menganggap tindakan PNHB adalah tidak sejajar dengan misi syarikat untuk membantu golongan bumiputera.
"Sebaliknya mereka berasa dianiaya dan tertindas," katanya menerusi emel, malam Khamis.
Menurut sumber itu, alasan diberikan syarikat adalah, pekerja-pekerja berkenaan tidak memenuhi tahap pencapaian yang dikehendaki.
Bagaimanapun, para pekerja mendakwa bahawa PNHB bercadang membawa masuk pekerja baru bagi menggantikan kakitangan yang diberhentikan itu.
Di samping itu, sumber berkenaan mendakwa bahawa ramai kakitangan yang dalam senarai pemecatan itu telah berkhidmat dengan PNHB selama lebih 15 tahun.
Home »
» Puncak Niaga Pecat Pekerja? mstar
Puncak Niaga Pecat Pekerja? mstar
Written By canang on Jumaat, 9 Julai 2010 | 7/09/2010 03:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan