Tinjauan Merdeka Center pada Januari hingga April tahun ini mendapati anak muda tidak lagi menganggap tuntutan hak kaum-kaum lain sebagai ancaman utama pada kehidupan mereka.
Sebaliknya, daripada 3,141 responden berusia 19 tahun dan ke atas, 70 peratus bersetuju bahawa budaya rasuah di kalangan pemimpin adalah ancaman utama pada kedudukan Melayu.
Pun begitu, 59 peratus remaja Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa Melayu/Bumiputera wajar terus diberikan hak keistimewaan dalam negara.
Mungkin disebabkan tanggapan demikian, sebanyak 46 peratus responden di kalangan bukan Melayu-Bumiputera pula menganggap bahawa gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik untuk memujuk hati pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Lebih menarik, analisis Merdeka Center mendapati kesedaran politik di kalangan anak muda tidak lagi meletakkan keyakinan yang kuat pada kerajaan sedia ada.
Malah, dilaporkan mereka turut tidak bersetuju bahawa Melayu-Bumiputera harus disatukan di bawah Umno.
Sebaliknya, menurut analisis tersebut, perpaduan Melayu-Bumiputera lebih wajar diberikan pada pihak lain.
Rumusan serta analisis penuh berhubung Tinjauan Nilai Politik Rakyat Malaysia terbaru yang didedahkan Selasa lalu boleh dimuat turut dari sesawang rasmi Merdeka Center, http://www.merdeka.org.
Sama ada, tinjauan terbaru itu boleh menjadi isyarat bahawa pengundi muda menolak Umno BN pada PRU13 kelak, tidak pula diperjelaskan oleh institut kajian pendapat tersebut.
Home »
» Rasuah ancaman utama berbanding perkauman
Rasuah ancaman utama berbanding perkauman
Written By canang on Ahad, 18 Julai 2010 | 7/18/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan