Home » » Remaja 15 tahun lari ikut teman lelaki

Remaja 15 tahun lari ikut teman lelaki

Written By canang on Khamis, 1 Julai 2010 | 7/01/2010 10:30:00 PG

KUANTAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi, melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu.

Rosmida Rosli, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Taman Tas selepas sekolah, sejak 21 Jun lalu.
Ibunya, Juraini Saad, 39, yang menghubungi pihak sekolah, diberitahu bahawa anak sulungnya itu tidak ke sekolah pada hari berkenaan.
Keluarganya mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Man yang berumur 28 tahun.

di talian
"Saya bertambah yakin dengan andaian saya setelah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak saya yang meminta supaya saya menarik balik laporan polis yang telah saya buat atau dia akan membunuh diri," kata bapa remaja berkenaan, Rosli Roslan, 48.

Beliau meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger