Pengacara The Biggest Loser Asia (TBLS), Sarimah Ibrahim pernah dikecam kerana cara pemakaiannya di dalam program antarabangsa yang mendedahkan pusatnya.
Selain itu Sarimah turut diselar setelah pakaian yang digayakan ketika menjadi penghias muka depan sebuah majalah keluaran Indonesia yang mendedahkan sebahagian tubuhnya sehingga ramai mempersoalkan tentang sensitiviti Sarimah sebagai rakyat Malaysia.
Bagaimanapun Sarimah yang ditemui baru-baru ini mengakui menerima surat tawaran daripada pihak TBLS untuk mengacarakan program itu buat musim kedua namun masih dalam proses perbincangan mengenai isu pakaian.
Sarimah mengakui sebagai rakyat Malaysia dia mahu memastikan apa yang dilakukannya bukan untuk menjatuhkan kariernya sebaliknya lebih membina nama dan kerjaya agar tidak dipandang serong masyarakat.
“Saya akui sudah menerima surat rasmi mengenai tawaran TBLS, tetapi saya masih berbincang dengan pihak TBLS dan Astro tentang isu pakaian agar tidak lagi menyentuh sensitiviti sesetengah pihak,”
“Lagipun sekarang saya sudah menandatangani kontrak artis Eksklusif Astro selama dua tahun dan sudah menjadi duta beberapa produk. Jadi saya perlu menimbangkan banyak perkara sebelum menerima tawaran daripada TBLS,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Sarimah menjelaskan dia bukan ingin berlagak Diva atau ‘banyak songeh’ tetapi tawaran TBLS memberi peluang untuknya membina nama kerana bukan setakat ditayangkan di Malaysia tetapi di 12 buah negara lain.
“Saya akan berbincang sebaik mungkin dengan TBLS terutamanya tentang pakaian dan perkara-perkara lain agar perkara ini dapat memberi manfaat dan kesenangan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Sarimah berkata di mahu memastikan segala kesilapan yang pernah dibuat sebelum ini tidak lagi berulang dan dia sempat memohon maaf atas keterlanjuran sikap terbukanya.
Akui dalam proses mengenali seseorang
Walaupun pernah melalui pengalaman pahit kegagalan berumah tangga namun ia tidak memberi alasan buat Sarimah untuk tidak mencuba bercinta lagi.
Malah Sarimah dengan jujur mengakui dalam proses mengenali seseorang yang sangat dekat di hatinya kini.
Walau bagaimanapun Sarimah tidak meletakkan harapan 100 peratus dalam perhubungan barunya tetapi Sarimah berjanji untuk memperkenalkan lelaki tersebut apabila dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya sekali lagi.
“Saya sudah mengenali dia lebih lapan tahun, walau bagaimanapun hubungan saya dan si dia kembali rapat sejak dua bulan lalu. Saya terbuka hati untuk memberi peluang kepada si dia setelah melihat kesungguhan dia mengambil hati saya, bila masanya sudah tiba saya tidak akan merahsiakan daripada peminat dan rakan media,” kata Sarimah yang turut mengakui jejaka tersebut adalah lelaki mat saleh yang sebaya dengannya.
Ketika ditanya media mengapa Sarimah lebih cenderung memilih lelaki luar, Sarimah menjelaskan dia bukan tidak pernah bercinta dengan jejaka Melayu tetapi tidak menemui keserasian.
“Saya akui pernah menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu, tetapi hubungan itu hanya mampu bertahan selama dua bulan kira-kira awal tahun ini kerana kami berdua tidak mempunyai keserasian.
“Bila memikirkan tentang komitmen saya kadang-kala berasa putus asa dan merasakan komitmen ini sangat sukar, tetapi bila saya fikirkan teringin mempunyai anak sendiri saya rasa perlu bagi peluang pada diri sendiri dan pasangan untuk melalui sekali lagi fasa perkahwinan,” katanya yang kini menjadi Duta Perangi Aids dan beberapa duta produk lain.
Home »
» Sarimah Ibrahim dikecam kerana pakaian yang terdedah diprogram Antarabangsa
Sarimah Ibrahim dikecam kerana pakaian yang terdedah diprogram Antarabangsa
Written By canang on Ahad, 11 Julai 2010 | 7/11/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan