BARU lapan bulan berkecimpung dalam bidang seni, bakat pendatang baru di persada seni tanah air, Ana Dahlia sudah meraih kepercayaan produser dan pengarah filem tanah air. Semuanya, gara-gara keberaniannya memegang watak wanita mendedahkan sebahagian besar tubuhnya dalam filem genre seram dan aksi, Mantra
Bukan untuk sensasi, jauh sekali mencari publisiti murahan kerana Ana melakukannya kerana mengikut kehendak skrip semata-mata sekali gus percubaan pertamanya di layar perak.
"Dalam filem arahan Azhari Zain ini, saya bawa watak Rindiani yang dirasuk dan dirogol bekas suaminya, Muzir yang melakukannya kerana mengamalkan ilmu hitam.
"Saya dan Rindiani adalah dua orang berbeza. Rindiani cuma watak yang saya lakonkan dalam filem saja dan bukannya diri saya sebenar. Dalam filem itu juga, saya bukannya separuh bogel sebaliknya hanya mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badan saja.
"Sekalipun hanya berkain batik, saya masih memakai baju di bahagian dalam dan seluar ketat paras paha untuk babak Rindiani cuba dirogol bekas suaminya itu," katanya.
Ana atau nama sebenar, Diyana Mastura Jaafar, 27, berkata, dia terima tawaran watak Rindiani kerana ingin mencabar dirinya. Bagi Ana, watak Rindiani masih boleh dikawal lagi dan tidak keterlaluan.
"Saya juga melihat kebaikan dan keburukan watak itu terlebih dulu sebelum terima tawaran ini. Watak Rindiani hanya pembantu dalam filem ini dan watak utama adalah lakonan Zul Handy Black (Muzir) dan Hasnul Rahmat (Hasbi).
"Sekalipun watak sebagai isteri lemah lembut dan banyak menangis itu tidak begitu menonjolkan bakat lakonan saya, tapi ia permulaan yang bagus untuk memperkenalkan saya di layar perak. Sebagai pelakon baru, saya tiada masalah bawa watak pembantu kerana ia peluang untuk mengasah bakat lakonan saya," katanya.
Home »
» 'Saya pakai seluar ketat paras paha',Ana Dahlia
'Saya pakai seluar ketat paras paha',Ana Dahlia
Written By canang on Ahad, 4 Julai 2010 | 7/04/2010 12:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan