PETALING JAYA: Pelakon Annahita Bakavoli dan suaminya Datuk Saiful Bahar Datuk Mohd. Arshad berlepas ke England Ahad lalu untuk berbulan madu selama sepuluh hari.
Annahita atau nama sebenarnya Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli ketika dihubungi di sini, Isnin berkata, dia dan suami akan melawat beberapa tempat menarik antaranya Windsor, Stratford Upon Avon, Lake District, Manchester, Oxford dan Cambridge.
Walaupun sudah bergelar Datin, Annahita berkata kehidupannya sama seperti ketika dia belum berkahwin dengan Saiful Bahar.
“Tiada banyak perkara yang berubah selepas berkahwin. Biasa dan sama seperti dahulu,” katanya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada mStar Online dari London.
Tambah wanita itu, dia amat bersyukur kerana suaminya tidak menghalang untuk dia bergiat aktif dalam bidang seni selain lelaki tersebut menjadi pendorong kuat untuk melihat dia berjaya dalam bidang yang dipilih.
Annahita dan Saiful Bahar yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu selamat diijabkabulkan pada 10 Julai lalu di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.
Dalam majlis itu pengantin perempuan menerima wang hantaran RM21,212.12, mas kahwin RM2,000 serta lima dulang hantaran. Pihak perempuan kemudian membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.
Turut hadir dalam majlis pernikahan mereka ialah adinda Sultan Selangor Tengku Panglima Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar dan rakan rapat serta ahli keluarga terdekat.
Kedua-duanya pasangan turut mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai lalu di Kuala Lumpur Golf & Country Club.
Home »
» Selamat Pengantin Baru Datuk Saiful Bahar dan Pelakon Annahita Bakavoli
Selamat Pengantin Baru Datuk Saiful Bahar dan Pelakon Annahita Bakavoli
Written By canang on Isnin, 19 Julai 2010 | 7/19/2010 11:34:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan