Home » » Speaker Tolak Usul Bahas Rasuah PRK Sibu

Speaker Tolak Usul Bahas Rasuah PRK Sibu

Written By canang on Khamis, 8 Julai 2010 | 7/08/2010 09:30:00 PTG

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menolak usul merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataan beliau semasa Pilihanraya Kecil Sibu.

Beliau memberikan alasan kenyataan tersebut dibuat diluar parlimen dan tidak termasuk dibawah bidang kuasanya sebagai Speaker.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba menggunakan "standing Order" 36 (12) untuk merujuk Najib ke Jawatankuasa itu kerana cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan janji 5 juta Ringgit kepada rakyat Sibu dalam ucapannya di Rejang Park yang turut dirakam video.

"Saya bukan hakim..ia bukan dibawah kuasa saya. Dalam Standing Orders 23(1)(i), mana-mana kenyataan dibuat diluar Dewan Rakyat tidak boleh digunakan sebagai sebab untuk merujuk seseorang kepada Jawatankuasa ini," ujar Pandikar Amin.

Jawapan Pandikar membuatkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali bangun bertanya mengapa Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadap ke Jawatankuasa tersebut kerana kenyataan beliau mengaitkan Apco Worldwide dengan Zionis juga dilakukan di luar dewan.

"Kalau ini ialah sebab Speaker, kenapa Permatang Pauh diheret berjumpa Jawatankuasa atas Kenyataan di luar Dewan?,"ujar Azmin.

Pandikar kemudian berkata usul merujuk Anwar kepada Jawatankuasa dibawa oleh seorang menteri (Datuk Seri Nazri Aziz) di bawah Standing Orders 27(3).

Menurut beliau jika seorang menteri membawa usul itu, ia juga 'keputusan kerajaan.'

Dalam sidang media kemudiannya, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jien mendakwa keputusan Pandikar jelas menunjukkan 'double-standard' yang diamalkan di Parlimen.

"PM menipu dalam kenyataan bertulis beliau apabila mengatakan kerajaan tidak menjanjikan apa-apa kontrak ketika Pilihanraya Kecil Sibu. Media kemudian merakam beliau menjanjikan projek bernilai 5 juta ringgit di Rejang Park,"kata Chong.

Bagaimanapun, kerajaan menafikan kelulusan projek dilakukan untuk menarik pengundi Barisan Nasional semasa Pilihanraya Kecil Sibu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger