KUANTAN 4 Julai - Hancur luluh hati seorang suami apabila menangkap isterinya yang sedang bermadu kasih dengan lelaki lain di sebuah bilik sewa di Jalan Datuk Lim Hoe Lek, di sini semalam.
Si suami yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 30-an, berkata, tindak tanduk isterinya mula dicurigai apabila sikapnya mula berubah.
Dia telah mengahwini isterinya yang berusia 33 tahun itu sejak lima tahun lalu dan memiliki tiga anak berusia tiga hingga 14 tahun.
"Setelah sedar perubahan sikapnya sejak sebulan lalu, saya terus mengintip kegiatannya. Akhirnya saya melihat sendiri isteri saya naik ke sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran.
"Selepas itu, saya menghubungi pegawai JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) untuk melakukan tangkapan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam serbuan melibatkan empat anggota penguat kuasa JAIP pada pukul 3 petang itu, wanita tersebut ditahan selepas didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik sewa dengan seorang lelaki berusia 30-an.
Muhammad memberitahu, dia sebelum ini pernah menerima maklumat daripada rakan-rakannya mengenai kegiatan isterinya keluar bersama lelaki lain namun beranggapan ia atas urusan perniagaan.
"Isteri saya terlibat dalam perniagaan butik di bandar ini dan saya menaruh kepercayaan terhadapnya yang menguruskan perniagaan diusahakannya.
"Lama-kelamaan timbul rasa curiga dan saya terus menyiasat. Akhirnya, saya sendiri melihat mereka naik ke bilik sewa dan ditangkap oleh JAIP," ujar beliau.
Ditanya masa depan rumah tangganya, Muhammad berkata, dia akan berbincang bersama isterinya itu untuk membuat keputusan terbaik bagi kedua-dua pihak.
"Suami mana yang tidak kecewa tetapi keputusan perlu dibuat dengan cara terbaik," katanya.
Home »
» Suami tangkap isteri sedang bermadu kasih
Suami tangkap isteri sedang bermadu kasih
Written By canang on Selasa, 6 Julai 2010 | 7/06/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan