Home » » Timbalan pendakwa raya wanita kes liwat Anwar digugurkan serta merta

Timbalan pendakwa raya wanita kes liwat Anwar digugurkan serta merta

Written By canang on Selasa, 27 Julai 2010 | 7/27/2010 11:00:00 PTG

PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Abdul Latif yang terbabit dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pihak pendakwaan.
Dalam laporan sebuah laman web semalam, Peguam Anwar, Sankara Nair mendesak Peguam

Negara, memberikan maklum balasnya berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin iaitu salah seorang timbalan pendakwa raya wanita mempunyai “hubungan” dengan saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam pasukan pembela itu berkata, Peguam Negara atau pasukan pendakwaan belum memberi maklum balas terhadap dakwaan itu dan menekankan ia boleh menjejaskan prosiding ke itu yang akan disambung 2 Ogos ini.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger