KUANTAN 30 Julai – Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, sama seperti pada tahun lepas.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran bagi segantang baghdad atau bersamaan 2.7kg beras.
Beliau berkata, umat Islam di Pahang kini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Pembaharuan ini sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding dan Hukum Syarak,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, syarikat telekomunikasi, Celcom, telah dilantik untuk melaksanakan pendekatan tersebut dan keseluruhan bayaran zakat itu nanti akan dihantar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Katanya, setiap bayaran zakat yang dilakukan melalui SMS itu adalah percuma dan tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. – Bernama
Home »
» Umat Islam di Pahang boleh bayar zakat melalui SMS
Umat Islam di Pahang boleh bayar zakat melalui SMS
Written By canang on Sabtu, 31 Julai 2010 | 7/31/2010 07:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan