Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata, Dengkil, meminta campurtangan Menteri Besar Selangor dalam isu perumahan yang membebankan mereka sejak pemerintahan Umno bn lagi.
Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menerima memorandum "Selamatkan Kami Dari Malapetaka BN" dari Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata.
Pada 1998, penduduk Kampung Ladang Perang Besar, Medingley, Gollayway dan Sedgley dipindah ke rumah pangsa transit selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan bandar pintar Putrajaya.
Menurut penyelaras Jeritan Rakyat Tertindas, 592 keluarga dari 4 ladang itu digertak oleh askar dan diusir secara tergesa-gesa bagi memastikan penduduk akur kepada tuntutan kerajaan.
Permodalan Negeri Selangor Berhad dipertanggungjawabkan untuk membina rumah pangsa transit di Taman Permata dan rumah teres di Jenderam sebagai ganti tanah yang dirampas.
Namun selepas sedekad berlalu, penduduk masih tidak tahu di mana rumah teres yang dijanjikan.
"kerajaan negeri selangor memang prihatin dengan situasi yang berlaku,kita pun telah diberitahu tentang kedudukan masalah sebenar pangsapuri ini dan saya pun telah melawat pangsapuri ini sebanyak 3 kali.Saya pun telah mintak pemaju dan majlis perbandaran sepang untuk buat kajian tentang rumah pangasapuri yang ada. Hal ini adalah janji antara kerajaan persekutuan,Pemilik Ladang dengan NUPW," kata Xavier Jayakumar
Kerajaan Negeri melahirkan rasa terkejut dengan sikap berlepas tangan kerajaan Umno-BN. Xavier berjanji mereka akan menyiasat isu ini dan memastikan mendapat apa yang dijanjikan kepada mereka.
Kerajaan Negeri juga akan melihat masalah keretakan rumah pangsa,sistem perparitan dan kumbahan yang tidak cekap,lubang-lubang di bawah blok rumah pangsa dan isu cf yang menjadi satu misteri sehingga hari ini.
"jadi ini adalah tangungjawab kerajaan persekutuan,bawah pimpinan Najib Razak sebagai perdana Menteri, pada masa itu dia juga merupakan menteri dalam kabinet yang mengambil tindakkan.Putrajaya holding adalah satu anak syarikat kerjaan yang diberi tangungjawab untuk majukan purajaya," kata Xavier Jayakumar
"kalau mereka manyatakan 1 malaysia,tunjuklah cara mereka 1 malaysia. Dalam keadaan ini saya ingin katakan MIC juga bertangungjawab,orang india selama ini telah bagi kepercayaan kepada MIC tetapi MIC gagal menjaga orang india khususnya pekerja ladang,saya Exco Pekerja Ladang dan saya sangat memahami masalah mereka sekarang," kata Xavier Jayakumar
Home »
» 500 Keluarga Taman Permata Selangor Mohon Kerajaan Negeri Selamatkan Mereka Dari Kezaliman BN
500 Keluarga Taman Permata Selangor Mohon Kerajaan Negeri Selamatkan Mereka Dari Kezaliman BN
Written By canang on Isnin, 16 Ogos 2010 | 8/16/2010 06:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan