Penobatan bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang diangkat sebagai Wira Melayu hanya disenangi puak tertentu dalam Umno tetapi belum tentu disokong majoriti rakyat berketurunan Melayu.
Malah, penganugerahan itu mungkin membangkitkan kembali permusuhan Umno dengan Gerakan di Pulau Pinang yang berlarutan sejak kira-kira dua tahun lalu lantaran keceluparan Ahmad Ismail yang menghina bangsa lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin juga menganggap tindakan menjulang Ahmad Ismail sebagai wira bangsa, sangat-sangat bertentangan dengan semangat satu Malaysia yang kian pertikai pelbagai pihak.
Kenyataan `Kaum Cina Adalah Pendatang' yang dilempar Ahmad Ismail pada satu ceramah pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.
Umno yang terdesak untuk meraih undi Cina kemudian terpaksa menggantung keahlian Ahmad Ismail selama tiga tahun tetapi tempoh berkenaan dipendekkan tanpa sebarang alasan kukuh.
Penganugerahan Wira Bangsa Melayu dan Bintang Perkasa Melayu Jati pada persidangan perwakilan bahagian Bukit Bendera itu menimbul persoalan sama ada menghina kaum lain sebagai syarat untuk seseorang pemimpin Umno dilabel sebagai wira.
"Bagi saya, Ahmad Ismail bukan wira Melayu kerana dia (Ahmad) seorang yang hipokrit kerana mengunakan kuasa dalam menegangkan hubungan kaum. Kalau dia betul-betul wira Melayu, rosaklah malaysia.
"Adakah orang Melayu betul-betul menyanjung orang sebegini? Yang hanya pentingkan diri dan kepentingan sesetengah kaum Umno BN?"
"Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan hak keadilan untuk semua, nasib mereka yang terpinggir, nasib orang miskin - itulah baru tokoh Melayu," katanya.
Bercakap kepada TV Selangor, Sim Tze Tzin menganggap penobatan Ahmad Ismail sebagai Wira Melayu secara tidak langsung menjejaskan semangat 1 Malaysia.
Bagi beliau, anugerah hanyalah pujukan berikutan Ahmad Ismail diminta tidak kembali menerajui bahagian bukit bendera sebagai strategi dalam memenangi sokongan kaum bukan melayu.
"Dia (Ahmad) ini hipokrit munafik. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Sekarang tukar nada, sokong 1Malaysia, Pada 2008, dia kata kaum Cina sebagai pendatang di Malaysia. Dia bertindak begini kerana dipaksa pemimpin Umno bagi menang undi Cina.
Home »
» Ahmad Ismail Wira Melayu, Hanya Melayu-Umno Sokong
Ahmad Ismail Wira Melayu, Hanya Melayu-Umno Sokong
Written By canang on Selasa, 10 Ogos 2010 | 8/10/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan