Home » » Akhil Rasai Nikmat Perkahwinan Bersama Waheeda

Akhil Rasai Nikmat Perkahwinan Bersama Waheeda

Written By canang on Selasa, 31 Ogos 2010 | 8/31/2010 08:00:00 PG

Tanggal 16 Ogos yang lalu genaplah setahun usia perkahwinan pasangan Akhil Hayy dengan penyanyi irama nasyid, Waheeda yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi serta mendapat tomahan daripada banyak pihak khususnya di awal perhubungan mereka.

Namun segala tomahan yang melanda hubungan mereka itu telah pun dapat ditangani dengan baik. Malah, mereka turut menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka itu di satu majlis berbuka puasa yang diadakan secara sederhana di premis Akhil Hayy iaitu Akhil Network di Sentosa Avenue, Kajang pada malam Khamis lalu.

Sewaktu ditemubual murai.com.my, Akhil berkata, dia berasakan dirinya seperti baru sahaja diijabkabulkan dengan Waheeda apabila dia kini masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan perkahwinannya yang kali kedua itu.

"Saya hampir tak sedar yang perkahwinan kami ini sudah pun mencecah usia setahun. Namun, tempoh setahun ini adalah tempoh kami masih dalam peringkat awal perkahwinan dan sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam hubungan ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah mula rasa nikmatnya perkahwinan itu," katanya sambil diperhatikan oleh Waheeda yang duduk bersebelahan dengannya ketika itu.

Sungguh pun begitu, Akhil memberitahu, dia mengagumi isterinya yang nampak tidak kekok dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu kepada kedua-dua anaknya hasil perkahwinan pertamanya.

"Saya kagum dengan Waheeda kerana selepas berkahwin dengan saya, dia sanggup ambil keputusan yang agak mendadak dengan meninggalkan dunia glamornya demi saya dan keluarga.

"Waheeda seorang isteri dan wanita yang cukup bertanggungjawab, amanah serta penyayang terutama terhadap anak-anak saya. Mereka sentiasa mendapat perhatian daripadanya. Alhamdulilah, dia juga berjaya menjadi pembimbing yang baik kepada anak-anak saya," jelasnya dengan harapan supaya Waheeda akan menjadi isteri yang lebih baik daripada semalam.

Sementara itu, Waheeda yang mengakui begitu menyayangi kedua-dua anak Akhil Hayy itu serta sudah mula menganggap mereka seperti anaknya sendiri memberitahu, dia sudah pun memikul tanggungjawab itu untuk menjadi ibu kepada anak-anak tersebut.

"Saya anggap anak-anak ini amanah Allah kepada saya. Terus-terang saya katakan saya akan rasa berdosa jika mengabaikan mereka. Insya Allah, saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka selagi saya mampu.

"Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa ini, saya mengambil peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka dalam pelajaran. Saya sendiri yang menjadi guru tuisyen kepada mereka di rumah kerana saya sangat menitik beratkan pelajaran ," kata Waheeda yang sehingga kini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Selain meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, Akhil dan Waheeda juga turut sama meraikan ulang tahun anak lelaki Akhil, Muhammad Shariff Hidayatullah yang ke- 12 tahun .Serentak dengan itu juga Akhil telah melancarkan syarikat barunya itu yang bernama Akhil Network.

"Akhil Network merupakan satu tapak untuk menjana pendapatan tambahan bukan sahaja untuk diri saya malah untuk semua umat Islam. Kami memberi peluang kepada peniaga untuk berniaga dan dalam pada masa yang sama turut berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci mekah.

"Selain itu, Insya Allah saya mempuanyai plan untuk menerbitkan sebuah filem yang berasaskan agama yang hanya menyampaikan mesej-mesej berunsur dakwah khusus pada umat Islam. Itu pun setelah perniagaan kami yang pertama ini kukuh dan berjaya menadapat hasilnya,"kata Akhil.
Share this article :

1 ulasan:

khalidsalleh berkata...

alasan je tu kalau dgn janda dia dulu tak rasa nikmat tak terbit la berapa ekor dari lubang maiza podaaah..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger