MIRI: 'Sepuluh minit untuk membesarkan alat sulit lelaki. Tempoh yang singkat dan mudah digunakan serta dijamin keberkesanannya'.
Itu adalah antara perkataan yang tertera pada kotak luar 'Penis Enlarger' buatan China yang dijual secara terbuka di sekitar kawasan kaki lima di bandar raya Miri.
Berharga RM65 sekotak dan disimpan dalam bungkusan berwarna merah, dengan produk yang diharamkan itu diletakkan di atas meja di lokasi tumpuan warga kota di sekitar pusat bandar, ditawarkan kepada umum tanpa berselindung.
Tinjauan Berita Harian mendapati peniaga terbabit menjual alat yang tiada jaminan keselamatannya itu bersama-sama dengan produk lain seperti lampu suluh, teropong dan pelbagai produk buatan China, untuk mengeliru dan mengaburi anggota penguatkuasa.
Pada kotak itu tertera keterangan lengkap cara menggunakannya alat yang ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Cina dan Inggeris.
Berdasarkan keterangan pada kotak itu, produk berkenaan produk itu adalah berdasarkan prinsip kaedah vacum yang akan menyerap alat sulit supaya mudah membesar.
Menurut seorang peniaga yang menawarkan produk itu kepada setiap pelanggan yang lalu lalang di kawasan berkenaan, pengguna boleh membesarkan alat sulit dalam jangka masa antara 10 hingga 20 minit, selepas menggunakannya.
Beliau dengan tidak segan silu memberi keterangan secara terbuka kepada setiap pelanggan berpontensi yang lalu lalang di hadapan meja tempatnya berniaga.
Peniaga itu mendakwa, vacum alat sulit itu berupaya menarik saluran darah dan membolehkannya mengembang dengan pantas.
"Murah boss... boleh tawar. Harga RM65 satu kotak. Boleh guna banyak kali," katanya yang cuba menarik hati setiap pelanggan yang melintasi kawasan itu.
Peniaga berusia sekitar 50-an itu mendakwa vacum itu mempunyai ciri untuk menjaga kesihatan yang baik, selain dapat meningkatkan daya ketahanan seks.
Beliau berkata, kaedah penggunaannya juga mudah dan ringkas iaitu dengan hanya memasukkan alat sulit ke dalam vakum yang disediakan.
Sambil memberi jaminan ia selamat digunakan, peniaga itu berkata, alat itu boleh digunakan dua kali sehari dan tidak boleh digunakan oleh lelaki yang mengidap darah tinggi.
Terdapat lebih sepuluh peniaga kaki lima menjual alat berkenaan yang kebanyakan tertumpu di kawasan berhampiran pasar lama di bandaraya Miri.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Kesihatan Sarawak berkata, tiada jaminan penggunaan vacum membesarkan alat sulit berkenaan selamat digunakan.
"Ia berkemungkinan besar boleh memudaratkan kesihatan pengguna kerana tidak diiktiraf dari aspek kesihatan dan keselamatan," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelak membeli produk buatan negara asing yang tidak diiktiraf kerajaan di negara ini.
Seorang penduduk bandaraya Miri, Rabin Jelai, 45, berkata ketika ini semakin banyak produk kesihatan negara asing dijual secara terbuka oleh orang luar.
"Kita tidak tahu sama ada produk kesihatan berkenaan selamat digunakan atau sebaliknya. Justeru, kita mahu supaya pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung perkara ini,"
Home »
» Alat sulit dijamin besar
Alat sulit dijamin besar
Written By canang on Khamis, 19 Ogos 2010 | 8/19/2010 09:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan