KUALA LUMPUR 20 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Senator Ezam Mohd Nor bersumpah di Mahkamah Syariah berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej twitternya yang dakwa berniat jahat.
Dalam twitter beliau pada 24 Julai lalu, Ezam memfitnah Anwar dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan mesej yang bersifat biadap dan keji, "Sy juga telah melihat berapa jijiknya krn kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah org utk tutup perangai kejinya yg meliwat".
Sehubungan itu Shamsul serta pimpinan AMK telah membuat laporan Qazaf terhadap Ezam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang semalam.
Shamsul yang menemui media selepas membuat laporan Qazaf itu menjelaskan pihaknya mengambil tindakan tersebut setelah mendapati kenyataan Ezam melalui twitternya telah memfitnah tanpa mengemukakan apa-apa bukti yang jelas.
"Kita mengambil tindakan ini di atas tindakan yang dilakukan oleh Ezam melalui twitternya yang jelas telah berniat jahat serta memfitnah Anwar. Pihak kami meneliti kenyataan pertama beliau pada 24 Julai dan selepas itu terdapat beberapa kenyataan susulan yang telah dikeluarkan melalui akhbar.
"Ezam secara sengaja telah menuduh Anwar melakukan liwat dan juga berzina. Saya ingin memetik salah satu twitternya iaitu 'Saya juga telah lihat betapa jijiknya hanya kerana kuasa politik seorang sanggup menjadi dayus membiarkan bos berzina dengan isterinya hingga beranak'.
"Jelas kedua tuduhan ini mempunyai niat untuk memfitnah Anwar dan laporan yang kami lakukan ini telah diterima oleh Penolong Pengarah Penguatkuasa, Ustazah Siti Nur Jihan dan beliau berjanji akan membuat siasatan terhadap tuduhan tersebut serta memanggil Ezam bagi memberi keterangan," jelas beliau.
Tambah Shamsul, beliau mencabar Ezam untuk tampil bersumpah di Mahkamah Syariah jika apa yang beliau katakan itu benar.
"Saya mencabar Ezam untuk tampil bersumpah di mahkamah mengikut cara yang dikehendaki oleh Islam dan sekarang masanya yang sesuai untuk beliau melakukan. Saya harap beliau hadir dan tidak menjadi seorang yang pengecut," cabar Shamsul.
Ezam boleh didakwa di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang menyatakan, "Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan bukti mengikut syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu melakukan suatu kesalahan. Jika disabitkan dengan kesalahan Qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali".
Home »
» AMK Fail Tuduhan Qazaf Terhadap Ezam, Cabar Bersumpah Di Mahkamah
AMK Fail Tuduhan Qazaf Terhadap Ezam, Cabar Bersumpah Di Mahkamah
Written By canang on Jumaat, 20 Ogos 2010 | 8/20/2010 03:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan