RENGIT 1 OGOS - Aktiviti politik Pakatan Rakyat untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Johor bertukar menjadi ganas semalam apabila lebih 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) serta anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di sini sejurus sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap.
Puluhan anggota FRU dan polis menyerbu dengan pantas ke atas pentas dan mengarahkan pentas tersebut dikosongkan serta merampas peralatan audia termasuk pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.
Beberapa pepimpin KEADILAN berada di kawasan ceramah ketika serbuan termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Penerangan, Latheefa Koya.
Dalam serbuan itu yang dibuat kira-kira pukul 12.30 pagi polis menahan tujuh lelaki.
Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.
Polis juga bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.
Sementara itu mereka yang ditahan telah dibebaskan pada pukul 3 pagi tadi dengan jaminan bon oleh lima penjamin.
Tiga daripada mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 13 Ogos depan manakala empat lagi pada 1 September di mahkamah yang sama.
Dua daripada yang ditangkap bercadang membuat laporan polis hari ini kerana mendakwa telah dipukul anggota keselamatan.
Stor markas PAS Batu Pahat juga dikatakan telah dipecah masuk dan barang dirampas.
Home »
» Anggota FRU, Polis Surai Ceramah Anwar Di Rengit
Anggota FRU, Polis Surai Ceramah Anwar Di Rengit
Written By canang on Ahad, 1 Ogos 2010 | 8/01/2010 01:39:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan