Home » » Apabila Mitos ‘Perpaduan’ Bergema Lagi

Apabila Mitos ‘Perpaduan’ Bergema Lagi

Written By canang on Khamis, 12 Ogos 2010 | 8/12/2010 11:30:00 PG

Berulang kali disebutkan bahawa perjuangan kemerdekaan bukan hanya dibolot oleh satu-satu pihak atau parti sahaja. Walaupun pelbagai fakta dan analisis dibentangkan, sehingga kini masih ada pemimpin dan pihak yang cuba menggambarkan hanya diri mereka sebagai pejuang kemerdekaan dan membela orang Melayu-Pribumi,


khususnya.
Langkah mewujudkan persepsi sedemikian tidak lebih hanya sebagai usaha bagi memastikan sokongan dan undi majoriti orang Melayu dapat diraih.
Presiden pertama Umno yang juga mendirikan parti itu, Datuk Onn Jaafar, juga akhirnya keluar daripada parti itu. Beliau seakan-akan sudah dapat merenung ke dalam benih masa bagaimana parti yang berasas perkauman tidak sesuai lagi bagi masa depan sebuah negara yang merdeka dengan pelbagai kaum.
Harus sahaja diakui bahawa kekurang-an yang wujud seawal kemerdekaan ialah kalangan yang menentang politik perkauman tidak berjaya menyatu dalam sebuah wadah untuk berhadapan dengan politik perkauman dan pecah-perintah seperti yang dibentuk penjajah. Namun, apakah dengan kegagalan masa lalu bermakna perjuangan untuk menyatu-padukan rakyat pelbagai kaum juga akan gagal selamanya?
Kita sudah bergerak ke arah itu - mencapai cita-cita bapa-bapa kemerdekaan kita dahulu untuk mewujudkan Malaysia yang bersatu padu. Kita sudah memulakannya secara serius lebih sedekad lalu; jauh sebelum Perdana Menteri melaungkan slogan ‘1Malaysia’.
Ternyata, penjajah Inggeris akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan negeri kita kepada golongan yang mahu meneruskan politik perkauman dan kelompok di luar Umno seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Hisbul-Muslimin dengan tokoh seperti Ahmad Boestaman dan Dr Burhanuddin Helmy terus ditindas bagi mematikan suara dan gerakan progresif ini.
Terasa semangat ini masih tidak menjadi semangat pemimpin negara sampai hari ini. Pada saat mereka melaung slogan ‘1Malaysia’, politik perkauman terus dimainkan di peringkat bawah. Dalam waktu sama, pemimpin elit itu juga cuba menakut-nakutkan rakyat, khususnya orang Melayu dengan percubaan melabel segelintir pemimpin progresif sebagai ‘Melayu liberal’, ‘kiri’, ‘komunis’, ‘agen Barat’ dan ‘agen Yahudi’.
Label dan cop yang diberikan itu bertentangan sama sekali, dan tuduh-an yang berubah-ubah itu sendiri jelas menunjukkan mereka tidak faham tu-duhan sendiri.
Sepertimana juga strategi penjajah yang melabelkan gerakkan progresif Melayu sebagai ‘komunis’, politik sedemikian ternyata politik lapuk. Kenyataannya, selepas lebih 50 tahun merdeka, nasib majoriti Melayu, pribumi, minoriti India bahkan sebahagian daripada kaum Cina terus terabai. Beberapa dasar dan tindakan pemerintah, terang-nyata sangat menindas golongan bawah.
Ayuh kita berdiri dan melihat rea-liti daripada sekadar terjerat dengan retorika dan slogan pemimpin elit itu. Masalah utama seperti rasuah, ketirisan dan pembaziran besar masih tidak di-selesaikan pada saat kerajaan menaikkan harga minyak dan gula. Saya tidak fikir, dengan apa yang disebut sebagai ‘penyusunan semula subsidi’ itu akan dapat mengurangkan beban rakyat terbanyak, khususnya majoriti orang Melayu dan yang masih terpinggir.
Langkah sedemikian pasti membuatkan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan terencat. Golongan kaya tidak merasanya, dan yang miskin bertambah tertekan. Siapakah golong-an kaya ini kalau bukan dikalangan tauke dan peniaga yang dalam masa kerajaan menarik balik subsidi kepada rakyat, golongan ini masih menikmati pelbagai insentif dan kemudahan.
Kecurangan terhadap rakyat, sesungguhnya juga bermakna penindasan kepada majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir. Bukan sekali laku sedemikian terjadi, dan nampak terus berulang-ulang tanpa mereka berasa malu dan bersalah sedikit pun.
Bagi mengalih isu, pada saat subsidi ditarik balik, mereka melaungkan kembali slogan ‘penyatuan Melayu’; ternyata ia hanya strategi politik agar orang-orang Melayu melupakan beban hidup seharian. ‘Penyatuan Melayu’ itu pula hanya bermakna tatkala pemerintah melakukan kecurangan tersebut. Beginilah liciknya politik di kalangan pemimpin elit yang hanya mahu melepaskan masalah dan beban di tengkuk mereka sendiri.
Idea ‘penyatuan’ atau ‘perpaduan Melayu’ tidak akan bermakna andai tujuan penyatuan mahupun perpaduan itu hanya untuk mengizinkan kecurangan demi kecurangan terus berlaku. Apakah kita lupa, bagaimana orang-orang Melayu, khususnya diperlekehkan tatkala pemimpin mencapai sedikit kejayaan.
Pada saat ekonomi negara dipacu laju, pemimpin mendakwa bahawa segala nikmat tersebut adalah kerana mereka sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan sokongan orang-orang Melayu terhadap mereka. Demikianlah sombong dan angkuhnya dan kita takkan mudah lupa.
Fokus kita jelas dan tetap, iaitu kepada persoalan keadilan ekonomi. Rakyat mula sedar dan tidak rela terperosok di dalam retorika dan slogan kosong yang bertujuan untuk menutup kelemahan dan kebejatan pemimpin negara, sedangkan kenyataan dan realitinya berbeza.
Tak ada ertinya slogan ‘1Malaysia’, tak ada maknanya rayuan ‘perpaduan Melayu’ berulang-ulang kali dilaungkan sekiranya yang dilakukan hari demi hari tak lebih hanya untuk mencerut leher rakyat jelata.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger