Home » » Azlina Aziz Sudah Berpisah Dengan Suami

Azlina Aziz Sudah Berpisah Dengan Suami

Written By canang on Sabtu, 7 Ogos 2010 | 8/07/2010 12:30:00 PG

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Azlina Aziz, 48, enggan mengulas desas-desus yang mengatakan dia telah berpisah dengan suaminya, komposer Azman Abu Hassan.

Azlina yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaafar itu berkata, hal berkenaan amat peribadi dan dia tidak mahu untuk berkongsi dengan peminat.

“Cukuplah saya katakan setakat ini kehidupan saya baik-baik sahaja. Tidak ada apa yang perlu diceritakan kepada masyarakat,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Malam Legenda Perdana “Tiada Kata Secantik Bahasa” anjuran Persatuan Seniman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Mu Di mana-Mana ini menjelaskan dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada memberi ulasan mengenai hal yang berkaitan rumah tangga.

Ditanya adakah dia menafikan perkara itu, Azlina ringkas menjawab dia tidak menafikannya tetapi janganlah terus ditanya perkara tersebut.

Dia bagaimanapun agak terkejut dan bertanya bagaimana wartawan mengetahui perkara berkenaan.

"Saya tidak mahu perkara ini diperkatakan, biarlah saya simpan sahaja hal berkaitan rumah tangga sebagai sesuatu yang peribadi.

"Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, lebih baik kita bercerita perkara yang baik-baik sahaja," pintanya.

Azlina dan Azman bernikah pada 25 April 1992 tetapi sepanjang berkahwin, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Berita perpisahannya dengan suami sudah kedengaran beberapa bulan lalu tetapi berjaya disembunyikan oleh artis tersebut.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger