SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih hidup dengan badannya dibaluti kain batik ditemui dalam beg kertas di kawasan Pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata beg kertas yang memuatkan bayi itu disangkut pada tiang papan tanda di simpang lampu isyarat kawasan kediaman itu.
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui oleh orang awam pada jam 5.30 petang.
"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh kurang dari 24 jam dan berdasarkan warna kulit, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau Indonesia," , katanya ketika dihubungi di sini, hari ini..
Noor Azam berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.
Sehubungan itu, beliau meminta pengamal perubatan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian 03-55102222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Home »
» Bayi ditemui dalam beg kertas pada tiang papan tanda
Bayi ditemui dalam beg kertas pada tiang papan tanda
Written By canang on Isnin, 30 Ogos 2010 | 8/30/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan