Home » » Buktikan Prinsip Satu Malaysia, ujar Teressa

Buktikan Prinsip Satu Malaysia, ujar Teressa

Written By canang on Rabu, 25 Ogos 2010 | 8/25/2010 08:00:00 PG

24 Ogos - Exco Selangor, Teresa Kok Siew Suh Sim menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz hari ini yang mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan keras ke atas pendidik-pendidik rasis.

Teresa berkata gesaan Nazri Aziz itu selaras dengan desakan Pakatan Rakyat yang mahu kerajaan untuk tidak bertolak-ansur dengan pendokong rasisma di sektor pendidikan.

Datuk Seri Nazri Aziz mengisi kebisuan jemaah menteri yang membisu disebalik bantahan orang-ramai yang marah dengan tindakan dua pengetua sekolah yang menghamburkan kata-kata yang menghina kaum bukan Melayu kepada pelajar-pelajar di sekolah mereka.

Nazri membidas kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mendakwa dua pengetua terbabit hanyalah minoriti.

Beliau yang dipetik sebagai bersetuju dengan orang ramai dalam hal tersebut dan melihat ia sebagai sesuatu yang menakutkan bila pendidik kita bersikap sedemikia.

Teresa berkata, beliau bersetuju dengan pandangan tersebut kerana sebagai guru besar atau guru, mereka hendaklah menunjukkan teladan kepada murid-murid di sekolah yang mana sikap saling hormat menghormati haruslah di terapkan diperingkat sekolah lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih mendiamkan diri walaupun sudah dua guru - satu di Kulai, Johor Baru dan satu di Bukit Selambau, Kedah - mengundang reaksi dari ibu-bapa pelajar yang terkesan dengan sikap rasis mereka.

Hishamuddin cuba menepis isu itu ketepi dengan mendakwa kedua-dua guru itu tidak mewakili majoriti pendidik di negara ini.

Nazri berkata isunya bukan pada jumlah bilangan rasis. Beliau menegaskan tiada tempat untuk rasis di perkhidmatan pendidikan tanahair.

"Ada apa dengan warna kulit mereka? Perlukah kita melindungi mereka hanya kerana mereka Melayu? Tidak sama-sekali. Apa yang keluar dari mulut mereka itu yang menjadi perhatian kita. Bila mereka melampaui batas, tindakan keras harus diambil," ujar Nazri.

Mengulas kebisuan menteri yang memegang portfolio pendidikan, Teresa berkata bahawa adalah menjadi harapan beliau agar perkara ini dipandang serius dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Menurut beliau lagi, sekiranya tiada tindakan diambil, ianya mencerminkan bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan itu hanyalah cerita dongeng semata.-FARDILLA DIN
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger