Home » » Cameron Diaz Selebriti Paling Berbahaya Di Internet

Cameron Diaz Selebriti Paling Berbahaya Di Internet

Written By canang on Ahad, 22 Ogos 2010 | 8/22/2010 05:00:00 PTG

NEW YORK: Dia mungkin dikenali dengan tawa riang dan wajah jelita. Bagaimanapun, bintang filem Cameron Diaz (gambar), 37, sekarang telah menjadi selebriti yang paling berbahaya di Internet.

Hasil penyelidikan syarikat keselamatan komputer, McAfee Inc. yang dikeluarkan pada Khamis, mendapati satu daripada sepuluh laman web yang memaparkan bintang filem Knight And Day itu mengandungi perisian berbahaya yang direka untuk menyebarkan virus komputer selain menggodam.

Dalam senarai selebriti yang paling berbahaya untuk dilayari di alam maya ialah Diaz,37, yang mencapai kedudukan tertinggi, diikuti Julia Roberts di tempat kedua.

Selebriti yang paling berbahaya untuk dilayari di Internet pada tahun lalu, Jessica Biel jatuh ke tempat ketiga dalam senarai terkini.

Menurut Pengarah Penyelidikan Keselamatan McAfee Labs, Dave Marcus, pencipta perisian berbahaya tersebut menggunakan selebriti sebagai "umpan" untuk memerangkap pengguna Internet.

"Mereka tahu pengguna Internet suka memiliki "screensaver" individu popular tertentu. Mereka mengikuti topik-topik hangat yang diperdebatkan di laman web," kata Marcus.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger