Home » » 'Ghaib' lepas beli kad prabayar

'Ghaib' lepas beli kad prabayar

Written By canang on Jumaat, 27 Ogos 2010 | 8/27/2010 11:30:00 PTG

KUALA LUMPUR: Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya yang hilang sejak dua bulan lalu masih gagal dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukannya termasuk mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.
RISAU...Abd Malek menunjukkan gambar anaknya, Nurul dan laporan polis yang dibuatnya.
RISAU...Abd Malek menunjukkan gambar anaknya, Nurul dan laporan polis yang dibuatnya.
Abd Malek Abd Aziz, 47, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya pada jam 8.30 malam untuk membeli kad tambah nilai di kedai berdekatan rumahnya di Taman Medan di sini.

“Sebelum keluar, dia (Nurul) meminta RM6 daripada ibunya, Rokiah Arshad, 53, untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5, manakala baki digunakan bagi membeli air. Bagaimanapun, sehingga lewat malam kelibatnya masih tidak kelihatan.

“Saya dan isteri cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali, tetapi tidak dijawab. Kami cuba mencari di rumah sanak-saudara serta kawannya, namun hampa,” katanya.

Selepas pelbagai usaha mengesan mangsa gagal, dia membuat laporan polis.
Malah, selepas beberapa kali menghubungi telefon anaknya, panggilan itu dijawab seorang wanita tidak dikenali dengan loghat Indonesia serta mendakwa berada di Tawau, Sabah.

“Saya berjumpa beberapa pengamal perubatan tradisional dalam usaha mengesannya dan dimaklumkan Nurul masih berada di Lembah Klang, namun dalam keadaan kebingungan.


“Naluri bapa saya merasakan dia masih berada di sini, namun usaha mengesannya seolah-olah menemui jalan buntu dan ditambah pula keadaan ibunya kini yang mengalami masalah kesihatan serta tekanan berikutan kehilangannya,” katanya.

Abd Malek dan keluarga berharap dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Share this article :

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Kesian rakyat negara ini..keselamatan dah tidak terjamin.

Tahniah pula kepada PR kerana setiap kali ceramah pasti akan dihadiri oleh beratus-ratus anggota pdrm serta berpuluh sb juga berpuluh topi merah untuk memastikan "keselamatan penceramah PR".

Malangnya nasib rakyat negara ku MALAYSIA!

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger