Home » » GRO VVIP DICEKUP

GRO VVIP DICEKUP

Written By canang on Ahad, 1 Ogos 2010 | 8/01/2010 08:00:00 PTG

PETALING JAYA – Lima wanita warga China dan dua lelaki rakyat tempatan ditahan dalam satu operasi khas oleh Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat D7. IPD Petaling Jaya malam kelmarin.

Ketika serbuan, kelima-lima GRO warga China berusia 22 dan 26 tahun sedang sibuk melayan pelanggan mereka di sebuah bilik karaoke.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga China terbabit masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam yang diperoleh.

Menurutnya, pihak polis telah mengenal pasti terdapat kehadiran warga asing yang menjadi GRO di kelab mewah itu sebelum bertindak.

“Ini kali keempat kita menyerbu kelab tersebut. Sebelum ini kelab itu pernah dikenakan tindakan kerana beroperasi lebih masa,” katanya.

Siasatan awal mendapati semua GRO dibawa masuk ke kelab itu berdasarkan permintaan pelanggan yang didalangi oleh pekerja kelab terbabit.

Berdasarkan rekod, pasport kelima-lima warga asing itu menunjukkan mereka keluar masuk ke negara ini sejak tahun 2009.

Jelas Arjunaidi, siasatan juga mendapati bagi mendapatkan perkhidmatan GRO terbabit, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM500 hingga RM600 untuk tempoh beberapa jam sebagai teman menyanyi. Bayaran tambahan akan dicaj jika pelanggan ingin melakukan seks.

Selain lima GRO terbabit, lebih 80 pengunjung dan pekerja turut diperiksa dan hasilnya dua daripada pekerja kelab yang merupakan rakyat tempatan berusia 30 dan 37 tahun ditahan kerana disyakki menjadi orang tengah membawa masuk GRO ke kelab itu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55B kerana menggaji pekerja warga asing secara tidak sah,” katanya.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger