KUALA LUMPUR – DAP menjanjikan tiga habuan utama kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, habuan tersebut wang tunai RM1,000 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas, menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan dan membekalkan wifi percuma di seluruh negara.
Menurutnya, keputusan tersebut akan menyaksikan PR terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun walau bagaimanapun jumlah tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah.
“Malaysia diramal kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun.
“Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP di sini semalam.
Beliau berkata, pemberian habuan tersebut telah mendapat persetujuan bersama daripada parti dalam PR yang lain seperti PKR dan Pas.
“Ini bukan tindakan percubaan membeli undi. Sekarang ini bukan pilihan raya, bagaimana hendak membeli undi. Lagipun tidak salah memberi wang kepada rakyat.
“Saya juga telah bercakap dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau kata OK,” katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menafikan tindakan itu bersifat ‘populist’ kerana sudah dilaksanakan di kebanyakan negara seperti Thailand.
“Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan.
“Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti UMNO yang baru menandatangani perjanjian dengan Parti Komunis China,” katanya.
Home »
» Habuan jika tawan Putrajaya/Sinar Harian
Habuan jika tawan Putrajaya/Sinar Harian
Written By canang on Ahad, 15 Ogos 2010 | 8/15/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan