20 Ogos - Persoalan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak, merupakan bidang kuasa tunggal Mahkamah Syariah untuk menentukan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zainun Ali memutuskan bahawa Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa perkara yang berkaitan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak, berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Hakim Zainun berkata Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mendengar dan membuat pengisytiharan berhubung status seseorang itu sebagai beragama Islam memandangkan ia merupakan mahkamah bidang kuasa kompeten bagi tujuan itu.
"Ini adalah bagi sebab yang nyata dan praktikal. Pihak berkuasa agama bagi sesuatu agama tertentu berkedudukan yang baik untuk menimbang dan memutuskan sama ada seseorang itu menganut dan terus mematuhi ajaran agama berkenaan," kata Hakim Zainun yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner.
Beliau berkata di negara ini, tanpa mengira bagaimana persoalan itu dirangka, ia termaktub dalam undang-undang semasa bahawa persoalan mengenai sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak, seperti yang diputuskan dalam kes berkenaan, adalah untuk ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Home »
» Hanya Mahkamah Syariah Tentukan Islam Atau Bukan
Hanya Mahkamah Syariah Tentukan Islam Atau Bukan
Written By canang on Sabtu, 21 Ogos 2010 | 8/21/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan