RAMALLAH: Mufti Baitulmaqdis dan Palestin Sheikh Mohammad Hussein berkata sekatan Israel menghalang ribuan umat Islam Palestin daripada menghadiri solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Hussein memberitahu Arab News, hanya 40,000 umat Islam berjaya memasuki Baitulmaqdis untuk bersolat. Polis Israel di Baitulmaqdis mengesahkan angka itu. Ia berkata, ribuan polis dan pegawai pengawal sempadan ditempatkan berhampiran Masjid al-Aqsa, Bandar Lama dan Timur Baitulmaqdis, bagi mengelak gangguan. Polis berkata, mereka membenarkan lelaki Palestin berkahwin berusia 50 tahun dan lebih serta wanita berusia 45 tahun dan lebih memasuki Baitulmaqdis.
Penduduk Arab di dalam Israel dan mereka yang tinggal di timur Baitulmaqdis tidak berdepan sekatan melawat pekarangan masjid. – Agensi
Home »
» Israel sekat laluan ke al-Aqsa
Israel sekat laluan ke al-Aqsa
Written By canang on Isnin, 16 Ogos 2010 | 8/16/2010 10:01:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan