Home » » Israel tingkat kawalan di Masjid al-Aqsa

Israel tingkat kawalan di Masjid al-Aqsa

Written By canang on Ahad, 15 Ogos 2010 | 8/15/2010 10:01:00 PG

AITULMAQDIS  - Rejim Zionis hari ini meningkatkan kawalan di Masjid al-Aqsa dengan menambah anggota polis yang bertugas ketika umat Islam Palestin bersiap sedia untuk menunaikan sembahyang Jumaat pertama dalam bulan Ramadan, tahun ini.

Tentera Zionis Israel hanya membenarkan lelaki berumur lebih 50 tahun dan wanita berusia lebih 45 tahun menunaikan sembahyang di masjid itu.

"Kami telah menambah anggota polis kepada 2,000 orang untuk memastikan keselamatan semua pihak," kata jurucakap polis rejim itu, Shmulik Ben, hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, tentera Zionis Israel melakukan pelbagai kekejaman dengan menyembur gas pemedih mata serta menggunakan peluru getah menembak penduduk Palestin yang berang dengan penindasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel terhadap mereka.

Lebih 10,000 umat Islam Palestin dijangka menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci untuk umat Islam seleaps Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Baitulmaqdis yang merupakan ibu negara Palestin itu kini dipanggil Jerusalem oleh rejim Zionis yang cuba membesarkan wilayah Israel dengan merampas tanah-tanah milik penduduk Palestin.

Masjid al-Aqsa sering menjadi perbalahan antara rejim Zionis dan penduduk Islam Palestin sejak tercetusnya konflik di wilayah Asia Barat itu. - AFP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger