Home » » Khairy sedia undur diri daripada UMNO

Khairy sedia undur diri daripada UMNO

Written By canang on Jumaat, 27 Ogos 2010 | 8/27/2010 08:00:00 PTG

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mengundurkan diri daripada UMNO, jika majoriti ahli parti (UMNO) menyokong Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Katanya, bukan semua ahli UMNO menyokong pertubuhan itu hingga menimbulkan persepsi parti itu kini ‘tenggelam’ di sebalik aktiviti Perkasa

“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli UMNO) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di Kuala Lumpur, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Dalam pada itu, Khairy mahu kerajaan bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta.

Katanya, kerajaan perlu membuktikan peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan.

”Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger