Home » » Lapor polis setelah persidangan Umno selesai

Lapor polis setelah persidangan Umno selesai

Written By canang on Rabu, 11 Ogos 2010 | 8/11/2010 08:00:00 PG

BUTTERWORTH, : Sebaik sahaja persidangan Umno Bahagian Bukit Bendera selesai melantik barisan kepimpinan baru, ketua penerangan pemudanya, Rose Akmar Ahmed bersama-sama dengan penyokongnya telah membuat laporan polis mengenai persidangan tersebut.

Umno Bahagian Bukit Bendera mengadakan persidangan di Eastin Hotel, Bayan Baru semalam dengan mengekalkan semua kepimpinan bahagian tersebut selepas Datuk Ahmad Ismail menarik dari dari bertanding jawatan tersebut minggu lalu.

Rose Akmar yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth berkata, laporan itu susulan dari laporan yang telah dibuat pada 9 Julai lalu oleh empat perwakilan pemuda bahagian tersebut.

Beliau mendakwa laporan itu adalah rentetan daripada tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa mengenai tindakan Umno bahagian yang mengenepikan sebahagian besar dari ahli yang tidak menyokong kepimpinan mereka.

"Kami tidak dilayan dengan sebaik mungkin sebagai ahli dan perwakilan. Mesyuarat bahagian yang sepatutnya memberi notis 14 hari sepertimana yang tertera dalam peraturan mesyuarat tidak mereka laksanakan.

"Kebanyakan dari kami menerima notis hanya pada 6 Ogos sedangkan mesyuarat hendak dijalankan pada 8 Ogos. Apakah ini bereti kepimpinan bahagian boleh bertindak sesuka hati mereka dengan mengenepikan undang-undang dan peraturan yang ada.

"Walaupun mesyuarat bahagian telah diadakan semalam kami merasakan ramai dari mereka tidak menerima layanan yang sebaik mungkin dari pihak urusetia. Bantahan ini adalah bagi mendapatkan keadilan dari pihak perhubungan negeri supaya turut melihat peraturan yang ada," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Mutiara berkata, sepatutnya laporan polis yang telah dibuat sebelum ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa supaya ahli-ahli Umno yang lain mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger